About us

Mengenali Kami

Siapa kami? – Misi kami

Berkenalan dengan kami. Peminat Catur di Malaysia. Dekatkan kami dengan komuniti catur dan peminat-peminat catur yang lain.

MK Chess Academy (MKCA) suatu badan perniagaan yang didaftarkan secara sah dengan SSM. Tujuan MKCA ditubuhkan bagi membangunkan sukan catur di Malaysia amnya dan Daerah Jempol khususnya. Kami bercita-cita menjadi satu entiti yang boleh membantu pemain-pemain catur meningkatkan prestasi mereka dengan menyediakan platform-platform yang perlu bagi pembangunan sukan catur di Jempol. Kami disini mempunyai kepakaran dalam penganjuran pertandingan catur, melatih bakat-bakat baru dan membimbing ke arah pemain catur profesional.

walaubagaimanapun pihak kami sedar bagi membangunkan sesebuah komuniti catur ianya tidak boleh dibangunkan oleh satu entiti tetapi memerlukan kerjasama semua pihak di Jempol dan Malaysia.

Kami akan cuba menganjurkan seberapa banyak pertandingan yang perlu di daerah Jempol dan mengalu-alukan pemain catur dari daerah-daerah atau negeri-negeri lain bagi memeriahkan sukan catur di Malaysia.

Kami juga akan cuba memulakan kelas catur di daerah Jempol bagi menurunkan ilmu-ilmu teori catur kepada pemain-pemain catur di daerah Jempol.

Kepada semua pengiat-penggiat catur di dunia yang mem[unyai idea-idea yang bernas bagi pembangunan sukan catur di Jempol boleh menghubungi kami di chessacademy.mk@gmail.com

Sekian, terima kasih.

Kami menyediakan beberapa perkhidmatan

Kami akan menyediakan perkhidmatan dalam meningkatkan prestasi pemain seperti kelas catur, pertandingan catur, perlawanan persahabatan dan lain-lain lagi inisiatif dan idea-idea yang akan kami buat dari semasa ke semasa.

Portfolio MKCA

Beberapa perkhidmatan yang ditawarkan MKCA disekitar daerah Jempol.

Pertandingan Catur peringkat PAJSK Daerah/Negeri/Kebangsaan

Kelas Catur Berkumpulan

Kelas Catur Individu

Penasihat Undang-Undang Catur dari Arbiter Kebangsaan

Jurulatih Catur MCF

Pengajar Catur di Sekolah FIDE

Kem Catur

Comprehensive Course Material

Kelas berstruktur

Bengkel dan Seminar

Kelas Online

Melatih dan Mengajar