08 Februari 2026, MKCA berjaya menganjurkan Pertandingan Catur Terbuka U12 Jempol 2026 di Dewan As-Sakinah, Sekolah Kebangsaan (Felda) Serting, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Dengan format pertandingan Swiss System, kawalan masa 15 minit tambahan masa 3 saat. Barisan arbiter peringkat kebangsaan. Penganjuran bersama SK (F) Serting dengan pengiktirafan PAJSK Daerah Jempol.
Penyertaan sehingga 118 orang peserta daripada 9 daerah, iaitu daerah Jempol, Jelebu, Kuala Pilah, Port Dickson, Seremban, Segamat, Ayer Keroh, Hulu Langat dan Bera. Sambutan yang meriah ini satu tanda sukan catur di Jempol mempunyai peminat yang tersendiri.
Tempat pertama dimenangi oleh Ahmad Aisywafi Bin Mohd Aliff dari SK Kampung Jawa, Segamat. Diikuti tempat kedua Amala Yaashinie A/P Krishnasamy Naidu dari SK (F) Serting Hilir 2, Jempol. Tempat ketiga dimenangi Aydrea Haressa Binti Muhamad Hazrul dari SK St. Paul, Seremban. Diikuti tempat keempat dimenangi oleh Theshmitha A/P Thavaraj dari SK Tunku Muda Serting, Jempol. Tempat kelima dimenangi oleh Harraz Syameer Bin Mohd Helmi Anuar dari SK Batu Kikir, Jempol. Tempat keenam dimenangi oleh Thipan A/L Mogan dari SJK (T) Ladang Sialang, Jempol. Tempat ketujuh dimenangi oleh Muhammad Irfan Rayyan Bin Mohd Khairi dari SRITI Tahfiz Al-Mustaffa, Jempol. Tempat kelapan dimenangi oleh Hadif Al Khattab Bin Zainal Abidin dari SK Durian Tipus, Jelebu. Tempat kesembilan dimenangi oleh Shahir Afwan Bin Mohammad Ashshabru Syakirin dari SJK (C) Keh Seng, Ayer Keroh Melaka dan yang terakhir tempat kesepuluh dimenangi oleh Umar Esqandar Bin Ezuaan dari SK Batu Kikir, Jempol. Tahniah! diucapkan kepada semua para pemenang.

Selain dari 10 hadiah utama tersebut, pihak penganjur juga menyediakan hadiah khas/saguhati kepada beberapa kategori khas atas semangat mereka menyertai pertandingan catur ini. Hadiah khas seperti 5 hadiah bagi perempuan terbaik, 3 hadiah bagi terbaik daerah Jempol, 10 hadiah terbaik bagi murid-murid SK (F) Serting, 3 terbaik U11, 3 terbaik U10, 3 terbaik U9, 3 terbaik U8 dan 3 terbaik U7. Semoga dengan hadiah khas/saguhati ini akan meningkatkan motivasi diri murid-murid yang menyertai pertandingan ini. Senarai penuh kedudukan terakhir selepas 7 pusingan boleh dilihat di pautan ini – Senarai penuh kedudukan terakhir
Akhir kata dari MKCA, semoga sukan catur semakin digemari di Malaysia.
Majulah sukan untuk negara.